Welcome

Tema:RAMADHAN

Bicara untuk ibu

Seorang ibu
Seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi
Tetap menghantar pesan nasihat
Walau “jangan risau ibu” kuulang berkali-kali
Terasa seakan pintu langit terbuka
Dia wakil daripada Ilahi
Menyentuh sayang hatiku
Aku tersenyum
Saat semua orang menyatakan aku kuat
Dikau wahai ibu mengetahui anakandamu ini
Bermesej-mesej kau hantar sebagai penenang hati
Seakan tangisku yang tersembunyi kau dengari dengan jelas sekali
Ibu,
Kalau aku mampu beli seluruh dunia untuk bersamamu
Makan aku uruskan itu sesegera waktu
Tapi aku tertakhluk kelemahan kudratku,
Hanya usaha sahaja yang ada padaku,
Jangan risau ibu,
Jangan risau
Aku amat percaya dan sangat percaya
Sitar takdir yang sentiasa bersamaku
Sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku
Bukan sepanjang masa lagunya sedih
Bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia
Namun tuan sitar telah berjanji kepadaku ibu
Setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan,
Kuulang jangan risau ibu,
Lepaskanlah tembakan-tembakan doamu kepadaku
Jangan kau hentikan layangan kasihmu padaku
Aku telah berjanji padamu untuk terus hidup
Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu
Ibu,
Sesungguhnya kita tidak tahu apa takdir yang tertulis
Mungkin Ilahi hanya menggegarkan kita sebentar
Menguji keimanan
Dan ini belum tentu lagi kesudahan
Tersenyumlah ibu,
Bahagiamu bahagiaku
Laramu laraku,
dengan senyumanmu,
Akan kuhentak awan dengan telapak kakiku.
……………
-khas untuk manusia yang kupanggil ibu-

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

.Meh tengok sini { color:#555555; font-weight:bolder; font:bold 16px "Droid Sans", Arial, Helvetica, sans-serif; text-decoration:none; margin:0 0 10px; padding:15px 0 0; text-shadow: #bbbbbb 1px 1px 1px; } Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalifah uthman affan

Di zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi. Apatah lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam

Friday, 6 May 2011

No comments:

Post a Comment